Tidak mungkin Bro Flattop tidak tahu nama lelaki itu adalah Ji Xiu Ran…
"Ke… dia tahu identiti aku…?" Ye Wan Wan tergamam dan terkedu.
Namun, Ye Wan Wan tidak mengesan sebarang niat jahat dalam mata Maharaja Ji.
Jika Maharaja Ji memang betul telah mengetahui dia sedang menyamar menjadi tunangnya, dia mungkin tidak akan hidup sehingga esok…
"Kenapa… dengan lelaki ni sebenarnya…" Ye Wan Wan tidak tahu apa sebenarnya niat lelaki itu.
…
Setelah melihat Ji Xiu Ran beredar, lelaki tua yang berdiri di pintu pejabat mengikut di belakang Ji Xiu Ran dan mereka bersama-sama meninggalkan Perikatan Berani.
Senyuman di wajah Ji Xiu Ran terus hilang sebaik sahaja dia menapak keluar daripada bangunan itu. Ia kemudian diganti dengan perasaan suram yang tanpa batasan.
"Apa pendapat awak, Profesor Zhou?" tanya Ji Xiu Ran kepada lelaki tua di sebelahnya.