Di atas dinding, Nie Tiada Nama menyedut hingusnya dan berkata, "Ah! Terharunya…"
Semburan Bunga yang entah bila telah memanjat dinding itu, menggunakan sapu tangannya untuk mengelap air mata Nie Tiada Nama. "Wahh, dengar semua ni buat saya rasa nak nangis!"
Si penganut Taoist berkata, "Buddha yang dirahmati! Amalan baik, amalan baik!"
Semburan Bunga bertanya, "Tak guna punya penganut Taoist, sejak bila awak tukar agama?"
Si penganut Taoist menjawab, "Bila saya tahu sami hidup dengan lebih baik!"
Di atas pentas, Ye Wan Wan meletakkan mikrofonnya ke bawah selepas selesai menyanyikan lagu itu.
Tidak kira betapa tidak relanya dia, mereka perlu berpisah.
Esok, Nie Tiada Nama dan kumpulannya akan pulang. Lagu ini ialah hadiah terakhir untuk Tang Tang.
Selepas muzik berakhir, lampu sorot juga telah dimalapkan.
Pentas itu kosong sekali lagi.
Nie Tiada Nama memanggil, "Moyang?"