Apabila gadis di sebelah Ye Mu Fan menapak masuk ke dalam dewan jamuan, seluruh dewan itu terus bertukar sunyi.
Mereka pada mula menyangka penampilan Pelakon Wanita Terbaik yang baru dinobatkan itu sudah cukup menarik. Namun dia terus bertukar menjadi wajah biasa apabila dibanding dengan gadis di hadapan mereka ini.
Lin Qing Ran sendiri, gadis yang memegang gelaran "kecantikan nombor satu" dalam industri hiburan, tidak boleh dibanding dengan gadis ini. Jika Ling Qing Ran ialah cahaya daripada kunang-kunang, jadi gadis ini ialah matahari di waktu tengah hari.
Walaupun dia hanya mengenakan gaun hitam, ia tidak memalapkan langsung sinaran gadis itu. Dia berjaya menggayakan warna gelap itu dengan menarik dan tersangat cantik.
Beberapa saat kemudian, suasana dewan itu kembali meriah semula apabila para tetamu mula berbual dan mencari maklumat mengenai gadis itu.