Bisikan mula kedengaran di bawah pentas dengan kata-kata Jiang Yan Ran.
Adakah Jiang Yan Ran akan mengucapkan terima kasih kepada seorang senior atau guru dalam industri?
Mereka sudah agak! Pasti ada mahaguru di sebalik pelakon baru yang berjaya memenangi Pelakon Wanita Terbaik ini!
Uji bakat Pengarah Peng sahaja bukan suatu halangan yang mudah untuk ditempuhi…
Pengarah Peng telah menghabiskan masa setengah tahun hanya untuk mencari pelakon utama wanita yang sesuai. Ketegasan lelaki itu mampu meremangkan bulu roma sesiapa sahaja.
Begitu banyak nama besar telah gagal uji bakat untuk watak utama dalam Melur, tetapi pelakon baru seperti Jiang Yan Ran tanpa disangka telah berjaya. Siapa percaya tiada siapa yang memberi petunjuk kepada Jiang Yan untuk dan membantu gadis itu membentuk haluannya?
Semua orang memandang penuh minat kepada Jiang Yan Ran, mahu mengetahui siapa yang telah membantu di belakang gadis itu.