Ye Wan Wan tidak menjawab. Dia kemudian ternampak Jiang Yan Ran memalingkan kepalanya dengan berhati-hati untuk menoleh kepadanya. Dia boleh mengagak yang Jiang Yan Ran terlalu gementar hanya dengan melihat wajah gadis itu.
Ye Wan Wan terus memberi pandangan menenangkan kepada gadis itu. Barulah Jiang Yan Ran kelihatan lebih baik dan menoleh semula ke hadaoan.
Gong Xu merasakan Ye Wan Wan sedang menuju pandangan penuh lembut kepada seseorang. Tetapi apabila dia mengikut pandangan lelaki itu, dia tidak berjaya mencari orang itu.
'Mungkin aku terlalu banyak berfikir?
'Tak guna, tak guna, tak guna! Gong Xu, bertenang! Kau lurus!
'Apa masalah kau ni?! Kenapa kau tiba-tiba tumpu banyak sangat perhatian dekat seorang lelaki…'