Si Ye Han mengusap lembut kepala Ye Wan Wan. "Jom kita balik?"
Mata Ye Wan Wan bersinar. "Rumah awak?"
Mata Si Ye Han bertukar gelap, namun dia menahan perasaan mahu mencium gadis itu. "Rumah kita."
Ye Wan Wan tidak mahukan perkara lain. Dia masuk ke dalam kereta dengan rela hati…
Ye Mu Fan tidak jauh dari situ, akhirnya tersedar semula apabila dia ternampak Ye Wan Wan masuk ke dalam kereta hitam itu.
"Tak guna! Hei budak! Keluar sekarang! Macam mana awak sesuka hati masuk dalam kereta orang lain?!" Ye Mu Fan menyumpah dan meluru ke kereta itu.
Di pintu kereta, Ye Wan Wan menelengkan kepalanya apabila melihat kepada Ye Mu Fan. "Awak siapa?"
Ye Mu Fan menjawab dengan marah, "Tak guna! Saya abang awak!"
"Saya tak kenal awak." Selepas berkata begitu, Ye Wan Wan berpaling dan masuk ke dalam kereta.
Ye Mu Fan. "..."
'Budak tak guna! Dia… dia boleh cakap dia tak kenal aku!'