Si Ye Han. "..."
Lin Que terpana seketika sebelum tercekik. Dia memandang gadis di dalam kostum binatang itu dengan penuh minat. "Adik… teknik menggoda awak bukan terlalu… kreatif…?"
'Dari keluarga mana dia ni datang? Melucukan betul!'
Ye Wan Wan tidak mengendahkan Lin Que dan terus menghulurkan tangan beruangnya dengan teruja kepada Si Ye Han.
Lin Que sudah lama tidak melihat gadis melucukan seperti ini, jadi dia tidak boleh menahan daripada mengusik. "Hey Adik, orang yang awak cuba pikat tu dah ada anak lelaki berlari-lari di merata tempat. Apa kata awak pikat saya? Saya bujang lagi!"
Ye Wan Wan berasa menyampah dan menjawab tanpa teragak-agak, "Tak apalah! Awak terlalu hodoh!"
Mata Lin Que terus terbeliak. "Tak guna! Ap-apa kau kata? Aku hodoh???"
Walaupun dia tidak setampan Si Ye Han dan Xie Zhe ZHi, dia tidak boleh dianggap hodoh, bukan???
Ini kali pertama dia dipanggil hodoh oleh seorang perempuan!