Selepas Sun Xue Zhen beredar, Qin Ruo Xi berjalan menghampiri untuk menyapa Mu Sui Feng. "Encik Mu!"
"Cik Qin, lama tak jumpa!" Apabila Mu Sui Feng ternampak Qin Ruo Xi, sikapnya berubah lebih mesra, ketara berbeza dengan keramahan yang ditujukan kepada Ye Wan Wan.
"Awak suka tak dengan teh yang saya hantar hari tu? Saya ada sikit lagi, biar saya hantar dekat awak!"
"Cik Qin, awak terlalu bersopan! Saya rasa bersalah sebab asyik minta teh daripada awak!"
"Tak ada masalah. Ada tempat yang awak nak lawat kali ni, Encik Mu?" tanya Qin Ruo Xi.
Mu Sui Feng kelihatan tidak berminat apabila dia berkata, "Tak perlu susah-susah. Tak ada tempat yang saya nak pergi."
Qin Ruo Xi kemudian mencadangkan, "Pertandingan persahabatan seni bela diri di peringkat antarabangsa akan diadakan di Bandar Empayar dalam beberapa hari lagi. Adakah Encik Mu berminat?"