'Adik perempuan dia sendiri hilangkan diri untuk elak bencana ni, tetapi aku yang jadi mangsa pula!'
Ye Wan Wan dapat merasakan pandangan Si Ye Han yang diarah tepat kepadanya dan dia hampir menangis. Dia menghantar mesej menggunakan matanya kepada lelaki itu, 'Baby, bertenang. Awak lelaki bijak dan awak mesti tahu budak ni tak ada kena-mengena dengan saya! Orang yang suka ramai orang tu bukan saya!'
Ye Wan Wan hanya boleh menjelas dengan tidak berdaya, "Tang Tang, awak masih muda dan banyak perkara dalam dunia ni yang awak masih belum faham. Seseorang suka kepada ramai orang ialah suatu perkara yang sangat normal…"
Ye Wan Wan sedang menjelaskan kepada Tang Tang apabila dia tiba-tiba terasa renungan dingin daripada Si Ye Han. Dia hanya boleh bertanya dengan lemah, "Kenapa? Saya salah cakap ke?"
Si Ye Han memandang dirinya sambil berkata tanpa perasaan, "Saya hanya suka dekat awak."
Ye Wan Wan. "..."