Chapter 867 - Saya Suka Adrenalin

Malam itu, Gong Xu telah mengajak kawan-kawan tidak bergunanya keluar ke bar untuk memabukkan diri.

"Ah! Aku akan jadi anjing bujang, seorang diri dan selama-lamanya. Malam yang gelap dan sunyi, ada sesiapa dengar tangisan aku…" Gong Xu memeluk mikrofon dan meraung penuh emosi.

Dia tidak menyangka dia begitu menyedihkan sehingga dua lelaki bersama pun sudah cukup untuk menyeksa dia!

"Cukuplah tu. Memang lirik dia macam tu ke?" Tang Xing Huo nyaris tersembur alkohol dalam mulutnya setelah mendengar nyanyian sumbang Gong Xu. Dia memeluk bahu Gong Xu dan tidak pasti mahu ketawa atau menangis. "Bola Anjing Gong, awak masih bujang? Si gula-gula plum atau si manis tu menarik sangat ke?"

"Kau jangan berani hina Pari Gula-gula Plum aku!" Gong Xu terus menjeling marah Tang Xing Huo seperti serigala yang melindungi makanannya. "Tiang Besi Tang, awak nak tahu apa yang saya nak sangat daripada hidup saya?"

Tang Xing Huo menaikkan keningnya. "Apa dia?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS