Gong Xu terus menghulurkan telefon bimbitnya kepada Ye Wan Wan dengan teruja.
Ye Wan Wan mengambil telefon bimbit berkenaan dan terus mengambil sekeping gambar lelaki itu. "Dah siap."
"Cepatnya. Satu saja? Awak tak nak ambil dari sisi lain?" Gong Xu jelas sekali kecewa.
Ye Wan Wan melihat ke arah Ye Mu Fan dan menoleh kepada Gong Xu. "Ini dah cukup sempurna. Pos yang ni. Saya ada janji temu dengan Encik ni dan saya ada urusan lain hari ni."
Dia kemudian mengeluarkan satu dokumen dari dalam laci. "Cuba baca skrip ni. Tapi awak kena rahsiakan sebab ni maklumat sulit. Awak tak boleh beritahu sesiapa pun."
Gong Xu serta-merta teruja sebaik sahaja melihat skrip itu. Dia merasakan nilai dirinya akhirnya dihargai. "Abang Ye akhirnya bagi tugasan dekat saya. Saya pasti akan baca betul-betul!"
Dia kemudian menoleh kepada Luo Chen sebelum berlalu pergi dengan hati yang puas.