Ye Shao Ting dan Liang Wan Jun terus bergegas ke mari setelah menerima panggilan daripada kediaman lama keluarga Ye.
"Ayah, Mak… dah lewat. Kenapa ni?" tanya Ye Shao Ting.
Ye Hong Wei terus membentak marah sebaik sahaja ternampak kelibat Ye Shao Ting. "Awak masih tanya Ayah? Ini semua sebab anak lelaki awak tu!"
"Mu Fan?" Ye Shao Ting tersentak.
Liang Wan Jun terus bertanya, "Mu Fan ada buat masalah ke?"
Liang Mei Xuan ketika itu sedang mengenakan busana yang mahal dan mewah. Tiada sebarang kedutan pada wajahnya yang sempurna. Dia melihat penuh angkuh kepada Liang Wan Jun, yang dulunya gadis yang paling cantik dalam Bandar Empayar. Namun dia kini hanya seorang perempuan tua yang lesu.
Liang Mei Xuan berkata dengan selamba, "Kakak, saya rasa Mu Fan bukan hanya cetuskan masalah kali ni. Apa yang dia buat ni boleh dianggap satu jenayah."