Liu Ying masih bertegas menolak cadangan Xu Yi, "Saya tak setuju! Walaupun kita ada harapan sebesar kutu, saya akan buat yang terbaik untuk melindungi tuan! Idea awak ni boleh dedahkan tuan ke bahaya yang lebih besar! Hanya untuk seorang perempuan!"
Wajah Xu Yi tidak pernah serius seperti ini apabila dia membentak marah, "Liu Ying! Kalau kita tak boleh melindungi Cik Wan Wan, apa awak nak jawab kepada tuan bila dia sedar nanti?"
"Saya…" Liu Ying sangat arif dengan kelakuan Si Ye Han kepada Ye Wan Wan, jadi dia tidak boleh menafikan kata-kata Xu Yi. Namun, dia tidak rela membuat pengorbanan besar ini hanya untuk perempuan seperti Ye Wan Wan.
Sementara Xu Yi dan Liu Ying bertengkar lidah, Ye Wan Wan hanya memerhati Si Ye Han dan tidak berkata apa-apa.
"Cik Wan Wan, sila bersedia. Saya akan minta seseorang bawa awak keluar dari negara B dengan secepat mungkin!" Xu Yi tidak membuang masa lagi dan terus memaklum kepada Ye Wan Wan.