Beberapa minit lepas, di luar kediaman lama keluarga Ye.
Di dalam sebuah kereta yang tersembunyi di balik bayang-bayang, kelihatan seorang lelaki duduk di kerusi belakang dengan wajah yang dingin.
Di kerusi pemandu, Xu Yi kelihatan sedang menyumpah dalam hatinya semenjak setengah jam yang lepas.
Mereka baru sahaja mahu pulang ke taman Jin apabila tuannya tiba-tiba meminta dia menukar laluan dan berkata mereka akan menuju ke lokasi lain. Kemudian, tuannya tiba-tiba meminta dia menghentikan kenderaan apabila mereka separuh jalan untuk sampai ke destinasi berkenaan.
Dia tidak pasti mengapa tuannya mahu ke tempat yang mereka tidak pernah pergi sebelum ini dan mengapa mereka berhenti separuh jalan. Kemudian, dia akhirnya perasan yang tempat mereka berhenti ini dekat dengan kediaman lama keluarga Ye.
'Tak guna! Pergi ke destinasi lain itu hanya satu taktik. Dia sengaja lalu sini nak tengok gundik tercinta dia!'