"Ay…" Fang Xiu Min mengeluh, berlagak seperti tampak lega. "Kalaulah anak perempuan orang lain berfikir jauh seperti awak, kan bagus… tapi, ada orang jaga anak mereka seperti intan pertama tapi anak mereka tak fikir langsung pasal ibu bapa mereka sendiri."
Nafas Liang Wan Jun semakin cepat setelah mendengar ejekan daripada pasangan ibu dan anak itu.
"Kakak, saya tahu sekarang bukan masa senang untuk keluarga Kakak, tapi ia juga tak mudah untuk keluarga kami. Kakak ingat menguruskan sebuah syarikat mudah untuk Jia Hao? Duit itu daripada titik peluh dia sendiri. Kami bukannya kaya dan berada, kami juga tak mampu jika ada orang menumpang sebumbung dengan kami!" kata Fang Xiu Min dengan dingin.
Ada banyak tetamu yang berdiri berdekatan dan mata mereka semua mula tertumpu ke arah mereka.