Selepas meninggalkan bangunan syarikat, kelakuan liar, kejam dan dingin terus hilang seperti belon yang pecah.
"Baby, boleh kita capai satu persetujuan tak?" tanya Ye Wan Wan.
Jari runcing Si Ye Han sedang menguis lembut titisan embun di atas kelopak merah pada bunga di tangannya. "Persetujuan tentang apa?"
Ye Wan Wan menjawab perlahan, "Persetujuan tentang… sama ada kita boleh… pergi hari lain atau tak?
Seperti yang dijangka, wajah Si Ye Han terus berubah dingin.
Ye Wan Wan terus menerangkan, "Bukan saya nak mungkir janji dengan awak. Pada mulanya, saya dah bersedia untuk bawa awak keluar makan malam yang romantik. Tapi saya baru teringat saya dah habiskan semua duit simpanan saya kepada bunga ni…"
'Betul orang cakap. Jangan berlagak sangat, nanti menyesal!'
Apabila Si Ye Han mendengar gadis itu telah menggunakan duit simpanan terakhirnya untuk membeli bunga ini, wajah lelaki itu terus berubah sedikit mesra.