'Apa… apa yang aku baru dengar?
'Teman lelaki!'
Pembantu kedai itu yang sedang membalut sejambak bunga itu terus tergamam, terdiam kaku seperti baru sahaja dipanah petir.
Selepas hampir sepuluh saat berlalu, pembantu kedai itu akhirnya tersedar semula daripada kejutan tadi.
'Lelaki yang begitu tampan depan aku ni… sebenarnya cendurung ke arah sana?'
Hati pembantu kedai itu sedikit retak…
Pembantu kedai itu mencamtum semula hatinya dengan bersusah payah dan sedar tindak tanduknya terlalu ketara dan serta-merta memohon maaf, "Min.. minta maaf… saya lupa adab sopan saya…"
"Tak apa," Ye Wan Wan ketawa, tidak mengambil hati langsung.
Apabila pembantu kedai itu terlihat senyuman di wajah lelaki itu, hatinya berdegup kencang. Hati yang dia bersusah payah cantum semula tadi, hancur semula sekali lagi.
'Kenapa semua lelaki tampan dah ada teman lelaki…'