Chereads / Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 962 - Adakah Awak Bergurau dengan Saya?

Chapter 962 - Adakah Awak Bergurau dengan Saya?

Xu Yi yang sejak dari tadi memerhati dari tepi, dihurung perasaan takut ketika itu.

Pada mulanya dia menyangka semua ini hanya satu salah faham kecil. Tetapi sekarang, hatinya berdegup kencang kerana reaksi bersalah Cik Wan Wan!

Ini tak mungkin!

Si Ye Han : "Yakah?"

Pandangan Si Ye Han begitu dingin apabila dia menunjuk telefon bimbitnya kepada Ye Wan Wan.

Ye Wan Wan menoleh kepada telefon bimbit dan matanya terbeliak. "Uh, mesej ni… saya tak hantar!"

Si Ye Han : "Mestilah bukan awak yang hantar."

Fikiran Ye Wan Wan seperti dilanda ribut. Dia terus memproses situasi ini dengan cepat sebelum akhirnya sedar apa yang telah berlaku. Seseorang telah menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar mesej teks itu kepada Si Ye Han.

Dia melihat kepada masa mesej teks itu dihantar. 'Bukan masa ni aku tengah bersiap pagi tadi ke?

'Satu-satunya orang yang mungkin pegang telefon bimbit masa tu adalah… Tang Tang?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS