Sambil Si Xia duduk di tempat duduknya, semua pelajar perempuan mula bercakap tidak berhenti. Wajah Zhao Xing Zhou tiba-tiba menjadi tegas dan berkata, "Okey, okey, bertenang semua. Kenapa awak semua tak teruja tengok saya?"
"Cikgu, awak tak kacak!" semua pelajar perempuan membalas, tidak puas hati.
"Hey, awak cakap apa? Ulang lagi sekali, dengan kuat dan jelas!" Ancaman yang jelas diselitkan bersama dalam suara Zhaou Xing Zhou.
"Cikgu, awak paling tampan!" Semua pelajar perempuan menjerit dengan takut.
"Bagus! Sambung jawab soalan itu sekarang!"
…
Setelah selesai bergurau senda, semua pelajar menyambung menjawab soalan, tapi dengan jelas semua pelajar perempuan telah tertawan pada lelaki di hadapan sekali dan tidak lagi menumpukan perhatian pada kertas ujian mereka.
Selepas Si Xia duduk, dia membelek sekali lalu semua soalan dengan tiada niat langsung untuk menjawabnya. Dia merehatkan kepalanya dan mula tidur seperti biasa.