Chapter 958 - Bertenang Sedikit

Han Xian Yu menghampiri anak kecil itu dan menyapanya, "Tang Tang, kan? Selamat berkenalan!"

"Selamat berkenalan, Abang!" jawab budak kecil itu dengan hormat.

Han Xian Yu melirik kepada pengurusnya, Fei Yang. "Abang Yang, minta pihak hotel sediakan makanan budak."

"Okey!" Fei Yang mengangguk dan terus pergi untuk membuat pesanan.

Ye Wan Wan terus berkata, "Terima kasih!"

Dia sendiri tidak terfikir untuk menyediakan makanan bagi Tang Tang.

Selepas penggambaran ini selesai, pasukan penggambaran akan menghadiri makan malam bersama syarikat.

Tidak lama selepas itu, mereka yang lain turut selesai dengan sesi temu bual mereka. Ye Mu Fan melangkah masuk sambil berbual dengan beberapa pekerja.

Ye Mu Fan terus perasan kehadiran budak kecil di sebelah Ye Wan Wan.

'Tak guna…'

Ye Mu Fan terus menarik Ye Wan Wan ke tepi. "Ini ke… budak yang awak cakap tu?"

"Ya!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS