*Bang! * Bunyi kuat bergema di segenap ruang bilik hotel mewah itu. Dokumen dalam pegangan Xu Yi sebentar tadi telah berterabur memenuhi lantai.
Dia telah menoleh tanpa sengaja kepada mesej di telefon bimbit Si Ye Han dan menyebabkan dia terlalu takut sehingga hampir terkencing.
'Tak guna!
'Aduh, apa yang aku baru nampak ni?!'
Seseorang telah mengambil alih telefon bimbit Cik Wan Wan. Orang itu juga telah menghantar mesej kepada tuannya yang berbunyi : "Malam semalam dia tidur dengan saya"...
'Tidur bersama?'
Enam perkataan itu apabila digabung bersama telah membentuk ayat yang sangat berkuasa. Ia sama seperti bom atom!
Semangat Xu Yi seperti telah pecah berderai kepada kepingan kecil. Dia memandang wajah tuannya dengan takut.
Aura yang mengelilingi tuannya begitu menggerunkan ketika itu. Wajahnya tampak dingin dengan perasaan membunuh kelihatan dalam matanya…