Ye Wan Wan terlalu sibuk sehingga dia hanya sempat tidur selepas lewat malam. Dia telah dikejutkan keesokan paginya oleh panggilan daripada Ye Mu Fan.
"Helo? Abang…" Ye Wan Wan menjawab panggilan itu dalam keadaan bingung.
Ye Mu Fan terus berkata, "Saya ada berita baik dengan berita buruk. Awak nak dengar yang mana satu dulu?"
Ye Wan Wan : "Mana-mana~"
Ye Mu Fan : "Berita baiknya, saya dah cakap dengan Xu Li tentang apa yang awak ajar saya. Kita tak akan tukar plot dia dan akan kekalkan seluruh skrip original dari awal sampai habis. Lagi satu, kita akan benarkan dia datang ke syarikat kita dan jumpa dengan Gong Xu dengan Luo Chen sendiri.
Gong Xu dan Luo Chen dah berusaha keras dalam persediaan mereka. Mereka juga telah berlakon dengan baik. Xu Li bersetuju untuk benarkan kita guna hasil kerja dia!"
"Bagus." Ye Wan Wan menghela nafas lega.