Di meja makan, Tang Long memandang Si Ming Li dan Si Yi Qian dan berkata dengan hormat, "Untuk misi kali ni, kami agak faham dengan situasinya."
"Kapten Tang Long, awak bercakap pasal askar upahan yang lindungi perempuan tu ke?" tanya Si Yi Qian.
"Ya." Tang Long mengangguk kemudian mengeluarkan sebuah dokumen. Dia kemudian mengenakan cermin mata berbingkai emas dan membuka dokumen terbabit. "Mengikut laporan saya, sasaran kita dilindungi oleh lima orang yang terlatih. Ketua mereka dikenali sebagai Syaitan Tua Jiang dan ada empat ahli kumpulan utama, tiga lelaki dan seorang perempuan : Song Qiang, Tang Bin, Heidi dan Jiao Jiao. Antara mereka semua, Jiao Jiao yang paling berkemahiran dan membunuh paling ramai orang. Dia juga sangat kejam dan zalim, dia telah meragut lebih dari 100 nyawa."
Si Ming Li dan Si Yi Qian memeriksa maklumat berkenaan Jiao Jiao dalam dokumen itu dan menoleh kepada Tang Long yang kelihatan lembut dan elegan itu.