"Saya tak berguna! Saya gagal…"
"APA KAU KATA!!!" Selepas mendengar laporan orang bawahannya, Si Ming Li mengamuk marah. "Bukan kau cakap kau tak akan gagal ke? Hanya ada lima orang gaji saja awak dah hantar askar upahan bergred C ke sana. Macam mana boleh gagal?!"
Orang bawahannya menggigil apabila dia menjawab, "Memang hanya ada lima orang gaji dekat sana… tapi lima orang gaji tu sebenarnya pakar… dan… mereka mungkin juga askar upahan… dengan kedudukan yang lebih tinggi dari tiga orang tu…"
"Budak tak guna! Apa yang kau buat sebelum ni?! Kenapa baru sekarang beritahu yang lima orang tu sebenarnya askar upahan?!" Si Ming Li menyirap marah.
Orang bawahannya telah gagal memperoleh maklumat penting seperti ini. Bukan sahaja mereka telah gagal menyelesaikan tugasan ini, mereka juga telah memberi amaran kepada pihak musuh. Jika mereka dapat tahu mengenainya, Si Ming Li pasti akan sangat malu.