Sudah tentu, beritahu benda yang benar akan mengurangkan hukuman.
Keesokan paginya, Ye Wan Wan pergi ke kelas dengan hati yang tenang.
Sebaik sahaja dia duduk, satu bayang-bayang besar menyelubungi kepalanya. Ling Dong berdiri di hadapannya dengan wajang tenang.
Melihat keadaan ini, Ye Wan Wan memandang lelaki itu dengan curiga.
Semua orang di dalam kelas menumpukan perhatian pada mereka berdua, dahagakan gosip baru.
Ling Dong mengetap bibirnya, memandang Ye Wan Wan dengan serius dan berkata, "Ye Wan Wan, saya tak tahu dari mana awak dengar khabar angin itu tapi saya janji, saya tak pernah mengejar awak kerana saya kalah pertaruhan atau mahu menipu awak. Saya serius! Tolong percaya saya!"
"Oh ––" Suasana dalam kelas terus bertukar riuh rendah.
Namun, wajah Ye Wan Wan bertukar gelap. Bersusah payah dia fikirkan idea ini malam semalam untuk menangkis semua khabar angin itu, tapi semuanya sia-sia sebabkan lelaki ini.