Chai Yong Li tergamam untuk seketika sambil mengerutkan keningnya sebelum berkata, "Luo Chen? Awak nak dua lelaki dewasa berada bersama di muka depan? Encik Ye, kami majalah fesyen yang menyasarkan kepada pembaca wanita. Sejak dari mula kami lagi kami guna artis perempuan di muka depan. Kami tak pernah letak dua artis lelaki bersama sebelum ni."
Chai Yong Li menyangka Ye Wan Wan mempunyai seorang lagi artis di bawahnya. Jadi selepas Ye Wan Wan membuat cadangan mengarut seperti ini, dia tidak boleh menahan daripada berasa tidak berpuas hati dengan sikap tidak begitu profesional Ye Wan Wan.
Manakala Ye Wan Wan sudah menjangka keraguan Chai Yong Li, jadi dia ketawa. "Ketua Editor Cai, lelaki mempunyai kuasa penggunaan. Disebabkan majalah awak menyasarkan pembaca wanitalah cadangan ini mungkin akan mencetuskan hasil yang tidak disangka, bukan?"
Apa yang Ye Wan Wan tidak nyatakan ialah pengguna dengan minat terpendam yang sangat ramai.