Sebaik sahaja Ye Wan Wan berkata begitu, lima sekumpulan itu mula bersorak sekali lagi, "Bos Terkenal, cantik macam bunga, cantik, cantik, cantik, cantik, jelita, jelita, jelita, jelita!"
"KAMU SEMUA!" Hou Mao Feng meletup marah ketika itu.
Pada mulanya, dia masih cuba bersopan kerana gadis itu daripada keluarga Si. Jika mereka memohon maaf dan mengakui kesilapan mereka, dia masih akan menjual semua batu itu kepada mereka.
Tetapi Haou Mao Feng tidak menjangka perempuan ini begitu biadab.
Huang Shi Xin sudah tentu gembira melihat situasi ini. Dia terus melangkah ke hadapan untuk mengeruhkan lagi keadaan. "Awak tak tahu ke barang-barang dalam kedai Bos Hou ni barang terbaik dalam Myanmar? Tapi awak cakap semua batu mentah ni tak ada benda yang bagus dekat dalamnya? Apa maksud awak cakap macam tu, huh?"