Lelaki dingin. "Saya masih boleh tahan."
Semburan Bunga kembali semula dan mengheret lelaki dingin itu pergi. "Abang, kenapa berdiri dekat situ? Cepat, datang sini! Keluarga kena selalu bersama!"
Ye Wan Wan termangu melihat enam orang itu bergegas ke tansa.
'Apa…?
'Lelaki pun suka pergi tandas berteman?'
Ye Wan Wan menoleh kepada Sebelas dan bertanya, "Uh, Sebelas, awak tak nak pergi tandas ke?"
Sebelas mula berpeluh. *kof* "Saya tak perlu ke tandas… saya turun ke bawah dulu untuk periksa Xue Li dah bersedia ke belum."
Ye Wan Wan menjawab, "Okey, okey."
Sekurang-kurang masih ada orang normal dekat sini…
Dalam masa yang sama, di dalam tandas lelaki.