"Ye Terkenal, kenapa awak cakap macam tu?!" Sikap Nie Tiada Nama terus berubah 180 darjah dan tersenyum paksa. "Semua peraturan yang saya sebut tadi tu untuk orang lain, itu semua tak terpakai untuk awak. Lagi satu, jadi pengawal peribadi bukannya melanggar undang-undang dan kami tak perlu gunakan kekerasan, kan?"
Si penganut Taoist. "..."
Semburan Bunga. "..."
Warga asing pemindah bata. "..."
Lelaki dingin. "?"
Ye Wan Wan memandang kepada Nie Tiada Nama dan tersenyum bersahaja. "Lupakan. Nampak macam saya paksa kamu semua. Lagipun, ini melanggar prinsip awak."
"Tak, tak langsung! Kami tak rasa dipaksa langsung!" Nie Tiada Nama menggeleng kepalanya berkali-kali. "Kami sanggup jadi pengawal peribadi Ye Terkenal. Awak akan tanggung makanan dan tiket kapal terbang kami… dekat mana lagi kami akan jumpa tawaran hebat macam ni?"
"Betul ke?" Ye Wan Wan tersenyum.