Selepas ditengking oleh Sebelas, budak biadab itu terkejut dan kelihatan tidak bersalah langsung. Dia berpaling dan terus melompat ke pangkuan wanita pertengahan umur itu dengan wajah yang sedih.
"Ibu! Dia tengking saya!"
"Apa kau buat ni?!" Apabila melihat anaknya telah dibuli, wanita pertengahan umur itu tidak kisah langsung siapa yang bersalah sebenarnya dan terus bangun berdiri. Dia menolak bahu kiri Sebelas. "Kau lelaki dewasa. Berani kau buli budak kecil! Budak sial!"
'Budak kecil? Budak tu dah lebih 10 tahun! Macam mana dia kecil lagi?'
"Tolak saya sekali lagi dan saya akan belasah awak!" Cahaya dingin kelihatan sekilas dalam mata Sebelas. Walaupun dia tidak membelasah perempuan, tetapi makhluk di hadapan dia ini dikira perempuan, ke?