Dalam taman kecil.
Ye Mu Fan tidak sempat menukar bajunya. Perasaan bersalah pada wajahnya memang tidak boleh disembunyikan. "Bbb-bos…"
Ye Wan Wan mengimbas lelaki itu dari atas ke bawah. "Apa yang berlaku?"
Ye Mu Fan sangat patuh dan terus mengaku. "Wan Wan, saya minta maaf! Saya dah buat salah! Walaupun saya memandu dengan sedikit laju, tapi tu semua salah kereta orang tu. Dia memandu melawan arus! Jadi, kereta tu rosak…"
"Abang cedera tak?" Ye Wan Wan mengerutkan keningnya.
"Ada melecet sikit…" jawab Ye Mu Fan dengan takut-takut.
"Baguslah kalau Abang tak cedera teruk. Tak apa kalau kereta tu rosak."
"Wan Wan…" Mata Ye Mu Fan berkaca apabila dia sedar adik perempuannya tidak akan memarahi dia.
Ye Wan Wan sebelum ini terlalu tegas dengannya sehingga membuatkan dia begitu patuh setiap kali berhadapan dengan gadis ini sekarang.
"Abang dah selesaikan isu dengan He Jun Cheng?" tanya Ye Wan Wan.