Gong Xu tidak memberi muka kepada Yang Jin Yuan langsung apabila dia beredar dan menghempas pintu di belakangnya.
Suasana kekok menyelubunyi seluruh bilik mesyuarat itu.
Selain daripada Ye Bai, Gong Xu tidak memberi muka langsung kepada orang lain di dalam syarikat, termasuk Chu Hong Guang. Apabila berfikir begitu, Yang Jin Yuan menenangkan dirinya.
"Kita bersurai di sini. Tapi jabatan PR tak boleh leka. Terus pantau isu ni dan jangan bagi ia lebih teruk!" arah Yang Jin Yuan.
…
Lewat malam dalam sebuah bilik VIP peribadi di sebuah bar.
Semua artis daripada Maharaja Langit sedang mengadakan parti dan semua orang berkumpul untuk mencaci Gong Xu.
"HAHAHAHA, si Gong Xu tu mesti mati kali ni! Ludahan daripada semua orang akhirnya berjaya bunuh dia!"
"Tapi penyokong Gong Xu kuat. Saya rasa tak semudah tu untuk singkirkan dia, kan?" Seseorang menzahirkan perasaan ragu-ragunya.