Selepas menyaksikan sendiri adegan ini, Gong Xu merasakan dia seperti baru dipanah petir. Dia menjeling marah kepada Han Xian Yu dan Luo Chen.
'PENIPU! Kamu berdua penipu besar! Kamu berdua bersekongkol untuk tipu aku!
'Bukan kamu berdua kata Abang Ye suka perempuan ke?
'Jadi beritahu aku, kenapa dengan situasi ni. APA BENDA NI???!
'Kenapa lelaki liar ni tiba-tiba muncul?!'
Ye Wan Wan sudah tentu perasan reaksi mereka yang lain. Namun, setelah mengambil kira akibatnya jika dia menarik tangannya ketika itu, dia mengambil langkah bijak untuk tidak bergerak.
Ye Wan Wan melirik kepada Luo Chen, Gong Xu dan mereka yang lain dari hujung matanya. Dia mendongak kepada Si Ye Han dengan tidak berdaya dan berkata, "Baby, boleh awak bagi muka dekat saya depan artis-artis saya?"
'Muka?'
Si Ye Han tampak curiga.