Chapter 657 - Adik, Awak Menang

He Jun Cheng dibelasah sehingga dia ternampak bintang berpusing-pusing di atas kepalanya. Dia hanya tersedar selepas masa yang lama. Dia menjerit marah sambil memegang hidungnya yang berdarah, "YE MU FAN, KAU DAH GILA KE?!"

Ye Mu Fan menghampiri lelaki itu selangkah demi selangkah. "Aku boleh jadi lebih gila lagi daripada ni. Nak cuba?"

Perasaan takut menyelebungi wajah He Jun Chen. "Kau… apa kau nak buat sebenarnya? Kau jangan cari pasal dengak aku! Ah! Kau buat apa ni?!"

He Jun Cheng seorang yang pengecut manakala Ye Mu Fan pula telah bertarung sejak dari kecil. He Jun Cheng tentu sekali bukan lawannya. Lelaki itu berjaya diikat ketat dengan tali selepas dibelasah oleh Ye Mu Fan.

"Ye Mu Fan! Lepaskan aku! Baik kau fikir akibat kau buat semua ni!"

Ye Mu Fan mengabaikan jeritan He Jun Cheng. Dia mengambil telefon bimbit He Jun Cheng dan melempar jauh. Selepas itu, dia mengangkat lelaki itu seperti anak ayam ke puncak bukit.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS