He Jun Cheng begitu teruja mendengar jawapan Ye Mu Fan. Hati kecilnya mengejek lelaki itu tanpa henti.
Seperti yang disangka, Ye Mu Fan pasti akan bersetuju jika menyebut soal duit dan akan mengalah dengan mudah. Lagipun, poket lelaki itu pastinya sudah kering.
'Aku ingat dia degil!
'Tsk, kalau bukan sebab dia berguna, dia sama saja macam tikus dalam longkang. Buang air liur aku je cakap elok-elok dengan dia.'
"Tuan Muda Ye memang berterus-terang! Betul tu, tak perlu sampai nak tolak duit hanya sebab awak marah. Apa pun, kita dah lama bekerjasama. Saya tak akan layan awak dengan teruk. Awak dekat mana sekarang? Jom kita jumpa sekarang dan berbincang. Okey tak?" kata He Jun Cheng dengan bersungguh-sungguh.
"Boleh! Kita jumpa dekat kaki Bukit Kubur Naga di utara bandar."
"Boleh, boleh, boleh! Jumpa dekat sana nanti!"
…
Senja di Bukit Kubur Naga.