Ye Wan Wan terpempan setelah mendengar ayat, "Awak berjaya yakinkan saya."
'Apa benda yang aku kata?
'Dia baru saja layan duit macam sampah tadi, tiba-tiba dia kata dia yakin?
'Sebabkan ayat…"Awak tentu tak nak lepaskan peluang berharga ni kan?"'
Dia pada mulanya hanya mahu menggunakan Si Ye Han untuk berlatih cadangannya. Lagipun, jika dia berjaya meyakinkan bos besar seperti Si Ye Han, bukankah pelabur lain seperti kacang kepadanya?
Namun, lelaki itu tidak menurut rancangannya. Dia telah mencuba yang terbaik, tetapi Si Ye Han tiada niat langsung untuk melatih dia. Dia seperti batu besar yang enggan berganjak.
Ye Wan Wan menunduk lemah dan mengeluh. Apa pun, rancangan perniagaannya mempunyai satu kelemahan : jangan cuba tanya kepada orang yang peroleh seratus juta dalam masa sehari. Orang seperti ini tak akan kutip satu sen pun dari atas lantai.