Ye Mu Fan masih lagi tercengang apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering.
Dia mahu memutuskan panggilan itu tetapi Ye Wan Wan ternampak nama si pemanggil dari hujung matanya. "Panggilan daripada ibu bapa awak ke? Jangan risau, awak boleh jawab."
Ye Mu Fan mengangguk dan menjawab panggilan berkenaan. "Helo Ibu?"
"Mu Fan, Ibu dengar dari Wan Wan yang awak ada temu duga dekat Media Berkilauan hari ni?"
"Ya, saya dah ada dekat pejabat dia sekarang."
"Temu duga tu dah habis ke? Macam mana keputusan dia?"
Ye Mu Fan cuba menahan perasaan teruja dalam dirinya dan menjawab, "Dah habis dah dan saya sekarang ketua jurugaya dekat Media Berkilauan."
"Apa?" Liang Wan Jun tergamam.
Sejurus kemudian, suara tegas Ye Shao Ting kedengaran di hujung talian, "Pelik kalau ada orang ambil awak bekerja dengan latar belakang dan pengalaman semasa awak. Kenapa mereka tiba-tiba nak awak jadi ketua jurugaya mereka?"