"Mengarut! Mak Cik dah tuduh saya depan Atuk dan Nenek. Dia nampak sangat nak saya mati! Dah la dah tua, tapi hati perut pun tak ada!" jerit Ye Mu Fan seperti telah hilang akal warasnya.
'Apa? Dia panggil aku tua?'
Wajah Liang Mei Xuan kini menyinga marah.
"Abang jangan mengarut boleh tak? Mesti ada salah faham ni. Kenapa Pak Cik dan Mak Cik nak buat benda macam tu?" kata Ye Wan Wan dengan bimbang.
"Ye Wan Wan! Awak adik siapa? Berani awak curiga dengan saya!" tengking Ye Mu Fan.
"Bukan saya tak percaya dekat Abang. Tapi saya rasa mesti ada salah faham dekat sini!" Ye Wan Wan terus menjelaskan.
"Semua orang diam!" Ye Hong Wei menghentak kerusinya dan memarahi semua orang.
Kesabaran orang tua itu telah sampai ke penghujung. Liang Mei Xuan dan Ye Mu Fan terus mendiamkan diri.
"Saya tak curi dokumen tender tu!" bentak Ye Mu Fan dengan wajah tegang.