Selepas Ye Wan Wan mengheret Ye Mu Fan turun ke tingkat bawah, dia kemudian menarik lelaki itu dan menolaknya masuk ke tempat duduk penumpang sebelum mengunci pintu kereta itu.
"Ye Wan Wan, berhenti buat benda mengarut! Lepaskan saya!" Ye Mu Fan melaung marah dan baru sedar kereta mewah yang dia sedang naiki. "Macam mana awak boleh dapat kereta ni?"
'Macam mana Ye Wan Wan mampu ada kereta macam ni dengan gaji dia?
'Aku dah rasa pelik bila dia dapat balik rumah tu. Sejak bila dia ada kawan bernama Ye Bai? Kenapa lelaki tu bagi pinjam duit banyak macam tu untuk dapatkan balik rumah tu?'
Nada suara Ye Wan Wan begitu dingin. "Diam."
Ye Mu Fan mahu bertanya lebih lanjut, tetapi suhu dalam kereta itu mendadak turun dengan pantas sehingga dia bersin dan terpaksa mendiamkan diri…
Tidak lama selepas itu, mereka tiba di sebuah hotel mewah di persimpangan Bandar Empayar dan Bandar C.