Chapter 616 - Ini untuk Awak

"Ya, Ayah. Saya akan buat secepat mungkin!" jawab Ye Yi Yi dengan cepat.

Pada mulanya, dia berasa benci kepada Ye Shao Ting kerana terlalu kejam dan tidak mahu mengakui dia anak perempuannya. Tetapi sekarang, dia berasa begitu bertuah.

Jika tidak kerana Ye Shao Ting yang meninggalkan dia dan ibunya, dia pasti tidak akan menjadi satu-satunya waris keluarga Ye!

'Ye Wan Wan dan Ye Mu Fan. Macam mana dua orang sampah tak berguna ni layak bersaing dengan aku untuk harta pusaka keluarga?'

Dia tidak begitu kisah dengan Ye Wan Wan. Manakala Ye Mu Fan pula agak menyusahkan. Lagipun, dia satu-satunya cucu lelaki keluarga Ye manakala ibunya hanya ada dia. Tiada jaminan yang datuk dan nenek mereka tidak akan mengambil semula Ye Mu Fan sebagai waris kepada harta mereka.

Tetapi dia tidak menyangka Ye Mu Fan akan mencetuskan masalah seperti ini kepada dirinya sendiri, membuatkan hidup Ye Yi Yi lebih senang.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag