Akan tetapi, Gong Xu tidak akan begitu mudah melepaskan tempat duduknya. Dia menjeling geram kepada Luo Chen dan duduk dengan lebih rapat kepada Ye Wan Wan.
'Han Xian Yu tak apa lagi. Tapi kenapa ada seorang lagi kena duduk sekali dengan kami? Menyampah betul.'
Ye Wan Wan sedar Gong Xu tidak mahu mengalah dan berfikir di mana Luo Chen boleh duduk. Namun, Han Xian Yu tiba-tiba berdiri dan bergerak ke tepi untuk memberi ruang kepada Luo Chen, sekaligus membolehkan lelaki itu duduk di sebelah Ye Wan Wan. "Awak boleh duduk dekat sini."
"Terima kasih Abang Yu." Luo Chen menunduk hormat dan kemudian duduk di sebelah Ye Wan Wan.
Gong Xu menjadi lebih suram.
Dulu jika ada parti seperti ini, dia yang akan menjadi orang yang paling gembira dan liar. Namun atas sebab-sebab tertentu, dia berasa begitu marah sepanjang malam.