Tiada lagi tiang disekeliling untuk menjadi penyekat, jadi tubuh Yuan Sheng terus melayang keluar daripada gelanggang. Dia terhempas kuat ke atas lantai dan tidak boleh bergerak sambil mendengar pengumuman keputusan Xu Yi.
Cincin merah, semerah burung Phoenix itu bergolek ke atas lantai dengan bunyi *ding*, menambah penghinaan yang dia lalui sekarang…
Tiada siapa yang sangka jawatan kapten pasukan akan jatuh ke tangan Si Gagap.
"Saya… celaka! Jawatan kapten pasukan diambil alih macam tu saja? Sah ke ni?!"
"Orang tu bukan Sebelas atau Liu Ying, mahupun si bakat tersembunyi, Yuan Sheng. Tapi Si Gagap yang dapat? Memang tak sangka betul!"
Lagipun, kebanyakan daripada mereka tidak tahu pun kewujudan lelaki itu sebelum penilaian ini.
Semua ahli Pasukan Gelap 1 mengerumuni Si Gagap dan kelihatan sangat teruja.
"Hahaha… Si Gagap! Awak memang hebatlah! Tak sangka betul!"
"Awak memang tak tahu malu, tapi saya suka!"