Xu Yi merenung kepada belakang kelibat bakal puan besar keluarga Si itu dan menelan air liurnya dengan payah. Dia mengambil masa yang lama untuk menenangkan dirinya sebelum berpaling kepada semua orang dan mengumumkan, *kof kof* "Penilaian untuk kapten pasukan patut… di-diteruskan… pemenang untuk pertarungan sebelum ini adalah Yuan Sheng. Sekarang ada sesiapa mahu mencabar Yuan Sheng untuk jawatan kapten pasukan?"
Semua pengawal peribadi kembali semula ke alam realiti daripada adegan berdarah yang mereka baru saksikan sebentar tadi…
Beberapa ketua kumpulan yang layak untuk mencabar kapten pasukan menoleh kepada Yuan Sheng yang telah dibelasah teruk, kemudian memandang satu sama lain dengan perasaan bercelaru.
'Keadaan Yuan Sheng sekarang… macam mana dia nak bertarung lagi?
'Kita akan ada kelebihan yang tak adil, bukan?
'Lagi satu… dia nampak sangat menyedihkan… kami tak sanggup nak lawan dia…'