Liu Ying melihat kepada Sebelas yang duduk tidak jauh dari situ dan berjalan ke arahnya. "Buat yang terbaik untuk pertandingan ni. Jangan hampakan saya."
Sebelas menjawab, "Nampaknya tak siapa yang nak saya jadi kapten pasukan, ya?"
"Mana ada macam tu. Saya percaya Cik Wan Wan harap awak ada capai kemajuan. Saya dengar awak minta Cik Wan Wan jadi cikgu awak." Mata Liu Ying berkilau dan menoleh tanpa perasaan kepada Ye Wan Wan yang duduk di kalangan penonton.
"Betul." Sebelas mengaku. "Cikgu terlalu kuat. Sayang saya hanya sempat belajar sedikit daripadanya. Tetapi sedikit pengetahuan yang dia ajar saya itu pun sudah cukup untuk pertandingan ini."
"Terlalu kuat?" Liu Ying tersenyum mengejek dan perasaan benci kelihatan dalam mata lelaki itu.
Malam di bar itu, dia pasti telah menamatkan riwayat hidup perempuan itu jika bukan kerana tuan muda.
Tapi, Sebelas guna perkataan "terlalu kuat" untuk menggambarkan Ye Wan Wan…