"Awak takutkan dia saja, kan?" tanya Han Xian Yu.
Ye Wan Wan mengangkat alis keningnya. "Awak rasa?"
Walaupun Han Xian Yu tidak menjawab, dia sudah tentu hanya merasakan Ye Wan Wan hanya mahu menakutkan gadis itu sahaja.
Selepas persembahan lagu dan tarian sebagai selingan, masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba untuk anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Filem-filem yang dicalonkan sedang ditayangkan pada skrin besar.
Fang Min, "Sepucuk Surat dari Paris."
Qi Mei Lin, "Ibu Saya."
Shen Rou, "Jauh di dalam Istana."
Qiao Ke Xin, "Legenda Gadis Pendiam."
…
Pengacara lelaki dan perempuan itu saling berbalas kata.
Lelaki : "Wow! Saya teruja! Siapa yang akan membawa pulang gelaran Pelakon Wanita Terbaik tahun ini?"
Perempuan : "Hentikan debaran ini dan umumkan sekarang! Kami tak sabar-sabar nak tahu!"
Lelaki : "Apa kata awak teka?"
Perempuan : "Ini susah sangat untuk diteka. Boleh bagi kami petunjuk?"