Pada skrin besar, calon-calon untuk anugerah Pelakon Baru Terbaik sedang ditayangkan.
Li Yi, "Eliksir Cinta"...
Jiang Sen Yi, "Seratus Satu Malam"...
Zhao Ming Zhe, "Pesta Musim Bunga"...
Gong Xu, "Cinta Tidak akan Hadir"...
…
Pengacara menyusun kata-katanya dengan teliti. Dia juga ada menyebut betapa hebat dan sengitnya persaingan ini, namun hakikatnya banyak syarikat penggambaran utama yang mengeluarkan banyak pelakon baru membuatkan kemahiran lakonan mereka di tahap biasa. Ia seperti memilih pemenang daripada barisan yang lemah.
Gong Xu sendiri turut tercalon. Ia menunjukkan betapa menyedihkan anugerah ini.
Zhao Ming Zhe ialah artis di bawah Zhou Wen Bin sebelum ini. Melalui hubungan dia dengan penaja, Zhou Wen Bin telah mengupah seorang pengarah dengan harga yang tinggi untuk membuat sebuah filem artistik hanya untuk memenangi anugerah.