Xu Yi kecut perut apabila melihat tuannya sendiri sedang memeluk si dewa maut ganas.
"Tuan… Tuan ke-9…"
'Bahaya!'
Ye Wan Wan merenung wajah lelaki itu yang kelihatan lebih menawan apabila dia sedang marah, seperti lelaki itu baru pulang daripada neraka. Perasaan membunuh dalam mata gadis itu perlahan-lahan pudar seperti air laut yang mula surut.
"Si Ye Han…" Aura menggerunkan gadis itu terus hilang seperti dia tahu dia akhirnya selamat. Tubuhnya akhirnya keluar daripada mod pertempuran dan terus tenang setelah penat bertarung.
Walaupun wajah Si Ye Han ketika itu begitu dingin, cara dia memeluk pinggang gadis itu tampak begitu lembut.
"Xu Yi, hantar Jiang Yan Ran balik dan sekat semua berita kejadian malam ni," arah Si Ye Han sambil mengangkat Ye Wan Wan dan berlalu pergi.