Apabila Gong Xu tertarik untuk melihat dengan lebih lama gambar itu, Ye Wan Wan terus menarik semula telefon bimbitnya dan berkata, "Tengok saya."
Gong Xu terus menoleh ke arah Ye Wan Wan tanpa disedari. Sekilas pandangan ini membuatkan dia terus merenung Ye Wan Wan dalam keadaan bingung…
"Awak…"
"Saya nampak macam dia tak?" Ye Wan Wan merendahkan suaranya.
Gong Xu merenung wajah lelaki itu dan mengangguk berulang kali.
Apabila sekali pandang, dia tidak perasan kerana pembawaan mereka berdua sangat berbeza. Tetapi apabila dia melihat lebih lama, kenapa dia merasakan lelaki ini begitu serupa dengan Pari-Pari Gula Plumnya?
"Orang dalam gambar tu ialah adik perempuan saya," kata Ye Wan Wna.
Sebaik sahaja dia berkata begitu, mata Gong Xu terus terbeliak kerana tidak percaya.
'Ap… apa!
'Pari-Pari Gula Plum yang aku cari macam orang gila selama dua hari ini sebenarnya adik perempuan dia ni?'