Feng Qin Yu mengetap giginya dan menggumam perlahan, "Macam mana dia cepat bertindak dan bijak? Dia mungkin hanya guna helah kecil! Siapa saja tahu macam mana nak buat macam tu!"
Mendengar cemuhan Feng Qin Yu, mata Sebelas penuh dengan ejekan. 'Hanya guna helah kecil? Semua gadis kaya, lembut dan tinggal dalam istana ini terlalu naif sehingga ke tahap bodoh!'
Kini, puan tua melihat Ye Wan Wan dengan lebih mesra berbanding sebelum ini. Dia juga melihat gadis ini dengan pandangan baru setelah Ye Wan Wan menampar Feng Qin Yu sebentar tadi dengan kuasa sebenara seorang puan besar keluarga Si.
"Wan Wan, awak hanya teman wanita Si Kecil ke-9 dan belum berkahwin ke dalam keluarga ni. Jadi, keluarga Si tiada hak untuk meminta apa-apa daripada awak. Tapi, awak kekal setia bersama dengan Si Kecil ke-9 dan juga memikirkan rancangan untuk menyelamatkan semua orang. Ini buat Nenek begitu gembira."