Chapter 389 - Tuhan Menilik Nasib

Ye Wan Wan merayau-rayau dan mendapati ada pantai berdekatan kawasan itu. Dia berjalan ke sana untuk menenangkan fikirannya.

Ye Wan Wan ternampak sebuah batu besar di atas pasir. Dia kemudian duduk di atasnya sambil memeluk lutut, melihat ombak yang silih berganti menghempas pantai.

Tiba-tiba, dia terfikir...

Selepas dia dilahirkan semula, dia merancang untuk terus memujuk Si Ye Han dan kemudian memikirkan cara untuk mendapat kebebasannya. Dia mahu menjalani hidup miliknya sendiri.

Tetapi sekarang, tanpa dia sedari, hidupnya semakin hari semakin bersimpul dengan lelaki itu. Dia tidak tahu dan tidak pasti apa yang akan terjadi kepada dirinya di masa depan.

Ye Wan Wan memeluk lututnya sambil duduk di situ. Tanpa disedari, dia terlena.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS